Program Compensation – 3C Shaklee Yang Menguntungkan Dan Lumayan

Wah, Illa tak sabar nak share benda best sepanjang Illa buat bisnes sampingan bersama Shaklee ni. Dalam bisnes Shaklee, ada 3C yang Shaklee janji akan berikan kepada para pengedar jika layak.

So, hari ni Illa akan explain kat korang ape itu 3C

1 – Cash

Cash ataupun tunai ialah merupakan duit bonus yang akan diperolehi oleh setiap pengedar yang mendapat mata 150 dan ke atas pada bulan tersebut. Kalau di bawah 150 mata, memang takkan dapat bonus tunai tersebut. Setiap bonus akan masuk ke dalam akaun bank korang pada pertengahan bulan.

So far, Illa dah selalu capai C for Cash ni. Alhamdulillah itulah buat belanja Aisyah, buat beli barang kecantikan diri sendiri dan bayar bil air dan elektrik rumah ^_^.

Anggaran bonus tunai yang boleh korang dapat apabila menjadi ahli Shaklee dan mempunyai mata belian 150 ke atas boleh dilihat di dalam gambar di bawah ni.

Oh ya! Bonus tunai ni boleh dapat walaupun korang TAK BERNIAGA, hanya menjadi ahli makan sendiri pon boleh dapat tau.

2 – Car

Bonus yang ni Illa belum lagi berjaya capai, insyaAllah nanti rank-up memang dah dalam target woah. Setiap bisnes mestilah ada target kan? Baru lebih motivated gittew.

Yang bestnya, Car Bonus ni kita sendiri boleh tentukan samada nak guna bonus tu untuk beli kereta idaman atau guna bonus untuk kegunaan lain. Shaklee cuma masukkan bonus kereta ke dalam akaun kita ^_^

Best ke best? Boleh dapat duit extra tanpa kacau duit gaji waaa~ Ibarat orang bayarkan installment kereta untuk kita kan?

Gatalnya tapak tangan kanan ni hee~

3 – Convention

Back, C yang ke-3 ni ialah Convention. Pengedar Shaklee kena kumpul mata tertentu untuk melayakkan diri ke trip percutian 5 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Terdapat dua jenis percutian :

  1. Global Conference di US setiap 2 tahun. Next ialah pada tahun 2019. Jika tidak, Shaklee akan bawa bercuti  ke negara pilihan Shaklee atau Umrah ( boleh pilih ).
  2. Percutian di Negara Jiran Serantau.

Untuk giliran tahun ni, Shaklee menawarkan percutian di atas Cruise!

Menarik kan!

Untuk giliran tahun depan 2019, akan ada Global Conference US dan percutian ke San Fransisco dan Las Vegas. Untuk Regional Trip pula akan pergi ke Phuket, Thailand.

                                                                Credit : Lin Chalo of linchalo.com

Terdapat dua (2) lagi event besar yang Shaklee anjurkan di negara kita iaitu :

  1. National Conference (NC)

    Majlis yang meriah dan terbuka kepada public ini diadakan untuk meraikan pengedar-pengedar Shaklee yang berjaya di dalam bisnes mereka. Pelbagai anugerah juga diberikan semasa majlis ini dan banyak kejutan yang Shaklee berikan. Antaranya, doorgift yang sangat menarik dan praktikal, booth kecantikan untuk para wantij yang ingin menjaga kulit dengan cara yang betul.


  2. Shaklee Business Leader National Conference (BLNC)

    Majlis ini menjemput pengedar-pengedar yang telah menjadi leader ( Supervisor ke atas ) untuk menghadiri majlis berprestij untuk pelancaran produk baru, berkongsi aktiviti dan info terbaru tentang Shaklee di mana leader akan menjadi orang yang pertama tahu dan cuba sebelum orang lain.

    Eksklusif bukan?

    Super upline Illa – kak Lin Chalo of linchalo.com di samping produk YOUTH yang baru dilancarkan tahun ni

     

Amacam, menarik tak hadiah-hadiah daripada Shaklee ni? Sebab tu mereka yang betul-betul serius berbisnes dengan Shaklee sangat sayang kat Shaklee. Percutian yang menarik, peluang untuk umrah bersama keluarga, special treat untuk leaders dan yang penting sekali, bonus yang bersifat infinity.

Infinity? Dah apa pula ni.. haaa, yang ni Illa ceritakan di entri-entri yang akan datang pula ya?

Ada apa-apa pertanyaan boleh roger Illa terus dengan klik link di gambar ini.

~Salam Sayang~

 


One Reply to “Program Compensation – 3C Shaklee Yang Menguntungkan Dan Lumayan”

  1. Macam-macam Shaklee bagi inisiatif. Ruginya kalau tak rebut peluang ni sambil2 kita bantu orang, kita jugak bantu naikkan elmu, imej dan tahap kewangan kita. 3C sememangnya ditunggu2. Semoga yang membaca komen ni naik stage Master tahun ni 2018. 🙂
    AyuRosman juga ada menulis tentang Cara Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin, Cepat Dan Berkesan!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge