Food We Love

Resepi Inti Popiah Yang Boleh Buat Suami Jatuh Cinta Kali ke-100

Hai ! Di kala hari hujan ni syok juga minum Teh O Panas bersama popiah kan? Malas nak Google resepi popiah yang paling terrbaik?

Meh Illa kongsikan resepi popiah yang sangatlah sodap, sampaikan suami makan sampai habis tak tinggal pun kat orang. Hahah!

My all-time favourite kuih is always Popiah. Kat tempat Illa, popiah kebiasaannya berintikan kentang. Bila tinggal di Semenanjung ni, kebanyakan Illa jumpa popiah berintikan sayur lah, inti ayam, inti taugeh dan sayur yang #seganmatitakmahu (facepalm tengok inti macam ni).

Terasa rugi bila terbeli orang yang meniaga kuih tak berapa nak ikhlas. Jadi, untuk mengelakkan hati kita ni nak marah2 kat peniaga tu baik kita buat sendiri popiah lagi bagus.

Lebih bersih, lebih sedap, lebih terjamin kehalalannya ^_^

Bonus, dapat mengikat hati encik suami dan anak-anak, pak dan mak mertua ^_^

Cakap banyak tak guna,
Jom kita start na?

Bahan-bahan :

Bawang merah -approx 6 biji
Udang kering – 1 cawan
Sengkuang cina – 1 biji saiz medium (disagat)
Lobak Merah – ikut selera (disagat)
Telur 1 biji
Garam, Gula – untuk seimbangkan rasa

Cara-Cara Penyediaan :


1. Blend bawang dan udang kering. Kemudian tumis.


2. Dah naik bau, masukkan lobak dan sengkuang. Kalau nak rasa rangup, boleh masukkan paling akhir.

3. Dah tumis semua, baru masukkan telur. Kacau sebati. Pastikan telur tu masak tau.

4. Perisakan dengan garam dan gula.

Tinggal nak tunggu telur tu masak jew

5. Lepas dah siap tumis, toskan biar lebihan air keluar. Dah sejuk dan kering, baru gulung di dalam kulit popiah.

6. Dah siap!

 

 

Sedap! Seorang makan pun habis ni hihi

7. Amboi makan…. tak hingat orang kiri kanan ^_^

 

** TIPS CHEF ILLA

  1. Illa suka lebihkan banyak carrot sebab nak bagi Aisyah makan sayur. Ni salah satu tips gak la untuk galakkan anak yang tak suka makan sayur tu.
  2. Untuk sajat..eh sagat sengkuang dan carrot tu, Illa gunakan mini processor. Sebab lebih mudah dan cepat!

SELAMAT MENCUBA!

2 thoughts on “Resepi Inti Popiah Yang Boleh Buat Suami Jatuh Cinta Kali ke-100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge