Resepi Kelupis Berinti Udang Yang Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum!

Kalau masih jadi workaholic macam dulu, rasanya tak dapat nak merasa breakfast kelupis buat sendiri di pagi weekdays

.

Walaupun orang tengok macam takde keje duk rumah je hakikatnya saya kerja juga. Tapi at my own pace, schedule and paling best, I am the boss

.

It’s a choice by the way, dan banyak juga perubahan yang lebih positif kat diri ni. Lebih pandai bahagi masa, didik diri lebih sabar dan belajar menghargai
.

Since gambar kelupis sedap sudah menjadi gambar muka depan, eloklah jika resepinya dikongsi bersama ye dak?

.

Jom tengok resepi ni kot korang nak try buat kat rumah time cuti sekolah ni. Anak-anak mesti suka! Kelupis ni kebiasaannya kami buat masa ada keramaian, kenduri, dan Hari Raya. Jadi kalau buat hari-hari biasa ni, memang gembiranya….macam hari hari Hari Raya ^_^V

.

Bahan Utama :

Beras pulut – 1 paket

Santan – 1 paket

Garam

Daun Nyirik

Bahan Untuk Inti Udang:

Udang Kering

Garam

Gula

Bawang Putih

Bawang Merah

Cara-Cara:

1. Gaulkan pulut tadi bersama santan dan garam. Sukatan santan biar sama dengan pulut tadi. Bila direndam, santan akan diserap oleh pulut. Perap sehingga santan sudah sebati sepenuhnya dengan beras.

2. Masukkan garam secukupnya.

3. Ok, pulut dah kembang? Kita masak atas api sederhana. Kena gaul sentiasa supaya tak hangus di bahagian bawah dan masak sebati.

4. Bila dah sebati, biarkan sekejap sehingga santan tadi mengeluarkan minyak.

5. Bila dah keluar minyak tu, maknanya dah kira masak dan boleh mula membungkus.

6. Kalau tak sure, boleh gaul lagi dan repeat step 4.

7. Bersihkan daun dan trim sikit daun agar kelihatan lebih kemas.

8. Letak pulut saiz sederhana di atas daun. Kemudian, letak inti jangan terlalu banyak. Takut nanti bila nak bungkus terkeluar pula dari daun. Bila kukus pula, takut terkoyak keluar. Rugi inti di situ. Bungkus la macam bungkus lepat. Tak pandai? Bungkuslah ikut kreativiti masing-masing

9. Ok, sebelum kukus ambil beberapa bungkus yang nak dimakan dahulu. Baki boleh simpan dalam freezer. Kalau nak try taste dulu, boleh kukus dulu sikit. Kemudian repair la adunan yang belum dibungkus.

Cara-Cara Membuat Inti :

  1. Tumbuk udang kering hingga lumat.
  2. Tumis udang tadi bersama bawang yang telah dihiris/dimayang/ditumbuk halus.
  3. Perasakan dengan garam gula.
  4. Siap!

Inilah rupa kelupis yang sudah siap dikukus.Tengok butir pulut tu, masak sekata kan?

Tak dinafikan kelupis berinti ni lebih sedap bagi Illa sebab lebih “berasa” tapi kelupis biasa pun sedap juga bila cicah dengan sambal sotong ke, sambal daging hitam, kuah kacang dan semua jenis kuah lah! Masak lomak pon boleh!

Yeah, cuti sekolah dah mula! Mohle kita try ^_^

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

CommentLuv badge