Sabun Pencuci Pinggan Yang Tak Lagi Buat Tangan Sensitif Jadi Kering Dan Kasar

Assalamualaikum!

Masuk Disember 2017 ni, Illa boleh katakan dah hampir setahun dah Illa menggunakan Dish Wash Concentrate untuk mencuci pinggan mangkuk cawan kat dapur tu.

Rating? 5 ♥♥♥♥♥

Kenapa Illa cakap macam tu..sebab dalam masa setahun ni tangan Illa memang tak kering dan gatal lagi. Alkisahnya tahun 2014 dulu masa tinggal kat Putrajaya, Illa dan husband beli satu sabun ni.

Sejak pakai tu, tak perasan yang kulit dan jari asyik gatal-gatal dan rasa kering. Sampai lah husband suspect sabun tu yang buat kulit kitorang jadi sensitif.

Masa tu la baru Illa cakna sikit la pasal sabun-sabun yang boleh buat kulit jadi sensitif ni. Bila study sikit, oh.. mesti banyak bahan kimia dia ni. Sebab tu lepas pakai je memang kencang la kulit tu. Tak berminyak berdaki haa.

Dish Wash Concentrate ni pun jadi pilihan ayah mertua sebab kulit tangan dia sensitif. Sejak dah ada penyelamat ni kat rumah, ayah pun ok je kalau part nak cuci-cuci tu. Kalau dulu tu cepat je kering tangan beliau.

Sekali dia order sampai 2 botol huhu. 

Oh!! 2 botol tu tahan lama tau! Dalam masa setahun ni, Illa cuma guna 2 botol. Sekarang ni setengah lagi nak masuk botol ke-3. Sifat dia yang pekat tu yang buat kita tak perlu nak pakai banyak sangat pun.

Banyak lagi kelebihan lain Dish Wash ni yang rasanya, kurang ada pada produk penjagaan rumah di pasaran. Atas sebab-sebab yang istimewa ni Illa lebih suka menggunakan semua produk Home Care Shaklee.

Bila dah featured dalam majalah yang tak asing lagi kat Malaysia ni, bermakna bagus la tu.

Jadi, kalau korang berminat nak mencuba produk mesra alam ni, boleh je terus contact Illa ye? I’m happy to help!

Leave a Reply

CommentLuv badge