Selamat Tinggal 2017

Lagi beberapa jam untuk kita tempuhi 2017 yang berbaki ini. Tahun 2017, tahun yang penuh dengan suka duka pahit manis dan merupakan tahun kedua Illa bergelar ibu bekerja dari rumah.

Review 2017

Aisyah sudah memasuki 2 tahun 5 bulan ketika Illa berusia 30 tahun. Tiada lagi yang dapat diungkapkan selain kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada keluarga kecik kami ; kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi.

Alhamdulillah.

Kemudian Dia uji kami dengan kesedihan apabila mak Illa diserang minor stroke. Allah, di mana hati nak diletakkan bila mendapat perkhabaran begini beberapa hari sebelum Syawal.

Begitu juga dengan pemergian atuk yang dikasihi, bekas jiran lama, adik kepada kakak ipar, kawan … 2017 merupakan tahun yang agak mencabar juga kalau nak difikirkan balik.

Namun begitu, tahun ini jugalah Illa berjaya keluar dari comfort zone dan menimba banyak ilmu tentang perniagaan. Dengan bekalan ini, semoga Illa lebih sukses untuk 2018 nanti.

Illa sedang membaca sebuah buku yang bertajuk Suri Rumah Proffesional Jutawan Di Rumah. Catitan yang dilakukan berdasarkan pengalaman sebagai SAHM, WAHM, dan FTWM benar-benar membuka minda Illa. Sangat disyorkan untuk mereka yang keliru dan perlukan sedikit push factor untuk fikir yang terbaik buat diri dan keluarga, dan agama.

Ok, dah standby checklist 2018?

Tahun baru ini Illa lebih bersedia untuk lebih maju dengan adanya Vision Board yang lebih jelas. InsyaAllah lebih ramai wanita di luar sana yang lebih mudah bekerja dari rumah.

Ok, dah ready nak take-off Kuching. Jumpa lagi tahun depan ❤️💋

Leave a Reply

CommentLuv badge