Kehamilan

Set Hamil Premium – Nutrisi Lengkap Agar Bertenaga Sepanjang Hamil

Apabila disahkan hamil, impian setiap ibu ialah menjalani dan menikmati pengalaman hamil untuk kali pertama. Namun, hakikatnya tidak semua ibu dapat melaluinya dengan mudah dan baik. Ada di antara ibu-ibu yang mempunyai bacaan darah yang rendah, masalah tekanan di tempat kerja, “morning sickness” yang melampau, sakit pinggang dan kerap lapar.

Tak perlu risau kerana semua ini adalah perkara biasa. Namun begitu, ia masih boleh dielakkan agar ibu-ibu dapat memastikan kesihatan dalam keadaan tip-top semasa hamil tanpa risau bayi kita terganggu.

SET HAMIL PREMIUM DENGAN VITAMIN SEMULAJADI 

Set Hamil Premium menampilkan vitamin semulajadi yang halal, dijamin selamat dan berkualiti tinggi. Di dalam Set Hamil Premium terdapat :

Vita-Lea with Iron FormulaⓇ

Multivitamin yang membantu mengisi kekurangan nutrisi agar seimbang. Dengan adanya zat besi di dalamnya, masalah Hb rendah boleh diatasi. Ketika hamil, normalnya ibu akan mengalami kekurangan zat besi kerana ketika hamil, penggunaan zat besi meningkat daripada biasa.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pitam, lesu, kurang fokus dan mendapat anemia.

Sustained Release Vita-C™

Vitamin C sangat penting semasa hamil kerana ia sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh, meningkatkan sistem imun ibu agar badan ibu tak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit, dan bonusnya, boleh mencantikkan kulit ibu.

B-Complex with Folic Acid

Di dalam B-Complex Shaklee ini mempunyai 8 kumpulan vitamin B lengkap yang diperlukan ibu hamil. Apabila keperluan vitamin B mencukupi, ibu hamil kini lebih ceria dan tenang, badan bertenaga, peredaran darah dan sistem saraf yang lancar dan stabil, dan kulit yang lebih sihat berseri.

Asid folik ( B9 ) sangat penting di dalam pembentukan anggota badan bayi. Kesan kekurangannya, boleh menyebabkan penyakit spina bifida, iaitu pembentukan tulang belakang yang kurang sempurna.

Sesetengah doktor sangat menggalakkan pengambilan B-Complex sebelum hamil terlebih dahulu untuk menguatkan rahim dan untuk tujuan kesuburan.

Ostematrix ( Kalsium, Magnesium, Vitamin D )

Semasa hamil, bayi di dalam kandungan akan mengambil hampir 90% kalsium dari simpanan ibunya. Jadi, masalah sakit pinggang, gigi mudah patah, kejang kaki kerap berlaku kepada ibu-ibu hamil ini jika kekurangan kalsium, magnesium dan vitamin D.

Pengambilan Ostematrix semasa hamil juga bagus untuk mengelakkan ibu-ibu daripada terkena sembelit semasa hamil dan ketika berpantang kelak. Semasa hamil, perubahan hormon boleh menjejaskan pergerakan usus besar yang boleh mengakibatkan sembelit yang berlanjutan sekiranya dibiarkan.

Omega Guard™

Pengambilan minyak ikan disyorkan apabila memasuki trimester 3. Ia sangat membantu pembentukan otak bayi dan mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan otak. Selain itu, ia juga membantu untuk memecahkan lemak ibu, jadi dapatlah mengawal berat badan ibu nanti.

ESP ( Energizing Soy Protein )

Ia merupakan minuman protein yang mengandungi 12 asid amino yang membantu pembentukan otot. Protein yang mencukupi juga bagus untuk pertubuhan plasenta, dan penghasilan sus.

Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam badan. Ibu hamil dan menyusukan anak sangat memerlukan protein untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

ESP dapat membantu ibu-ibu lebih bertenaga dan mengisi perut ibu-ibu yang kekurangan selera akibat “morning sickness”.

Bila keperluan vitamin mencukupi sepanjang kehamilan, insyaAllah tiada masalah kejang kaki, sembelit, insomnia, sakit gigi dan belakang, loya dan lesu, GDM ( kencing manis semasa hamil ), dan eclampsia. Di samping itu, kenaikan berat badan juga terkawal, tiada lagi bebelan dari puan misi di klinik ^_^

Jika ingin mendapatkan Set Hamil Premium ini dengan harga istimewa, boleh hubungi Illa di talian 019-7780575.

Atau boleh beli terus dengan KLIK link di bawah – penghantaran terus ke rumah anda ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge