Penyusuan

Tips Ganti Puasa Yang Mudah Untuk Ibu Yang Menyusukan (BF Mom)

Ramai antara ibu-ibu yang kurang yakin untuk berpuasa atau meneruskan puasa dalam keadaan menyusukan. Antara faktornya ialah :

• RISAU anak tak mendapat zat yang mencukupi

• TAKUT bekalan susu tidak mencukupi

• TAKUT akan rasa lebih lapar

Namun begitu, sebenarnya banyak kelebihan berpuasa tatkala hamil dan menyusukan ni tau. Bayangkan kita mendidik anak-anak kita membaca Al-Quran setiap hari, menahan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan sebagainya. Ini dapat membentuk peribadi anak-anak secara halus.

Power of Visualisation sangat penting apabila kita hendak mula berpuasa dalam keadaan menyusukan mahupun hamil. Kita haruslah yakin dan bersikap positif bila kita dah set minda kita yang kita sudah bersedia.

Perasaan TAKUT dan RISAU ibu-ibu setelah mendengar pengalaman orang lain membuatkan anda tak yakin yang anda boleh melakukannya.

Islam sememangnya mudah dan memudahkan, oleh itu memang ada kelonggaran untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusukan untuk tidak berpuasa. Tiada masalah, cuma ibu-ibu kena ganti puasa lah.

Bagaimana ibu-ibu nak ganti puasa pula sedangkan kerisauan di atas tadi menghantui ibu-ibu?

Illa juga pernah mempunyai kerisauan yang sama. Tahun 2015 mengandungkan Aisyah merupakan saat yang mencabar juga bagi Illa yang first-time mom ni. Rasa nak mengunyah sentiasa, panas sikit boleh haus pula. Huhu.

Alhamdulillah berjaya Illa harungi tempoh berpuasa sehingga bersalinkan Aisyah minggu ke-2 raya ^_^

Tahun 2016 pula berpuasa semasa menyusukan Aisyah. Lagi mencabar sebab Aisyah kuat menyusu. Tapi, Illa dah tak risau dah sebab dah ada “rahsia” yang Illa amalkan semasa hamil dulu boleh diguna-pakai sampai bila-bila.

Apakah rahsia Illa yang boleh membantu ibu-ibu lebih bertenaga dan mampu menyusukan dengan jayanya? Jom baca tips dan pengalaman Illa ni.

1] Pengambilan Kurma dan Makanan Sunnah Yang Lain

Ambil kurma dengan angka ganjil 3,5, atau 7. Boleh makan begitu sahaja atau blendkan dengan susu kambing.

Kadang-kadang Illa blendkan kurma dengan ESP, Mealshakes dan susu. Sedap! Kenyang pun lama. Sekali sekala boleh letak Chia Seeds. Sedap juga!

Amalkan minum air zam-zam jika ada, setiap kali sahur. Selitkan doa. Doa ibu-ibu kan mustajab? *love*

2] Lebihkan Protein dan Serat, Kurangkan Karbohidrat

Kita lebih suka makan roti sebab mudah, cepat, dan ringkas kan? Namun begitu, roti putih mungkin akan membuat kita lebih cepat lapar. Jadi lebihkan makanan berunsurkan protein untuk membekalkan tenaga kepada kita lebih lama. Contohnya, ayam daging dan telur. Untuk minuman protein, minuman protein ESP juga sangat membantu ibu kenyang lama.

Kalau memang pencinta roti, boleh tukar roti putih kepada wholemeal. Lebih serat dan kenyang lebih lama.

3]  Elakkan minuman berkafein dan manis

Minuman seperti kopi, teh dan sirap akan membuatkan kita lebih haus. Teh pula boleh bersifat diuretic, asyik nak buang air saja. Illa memang tak ambil minuman seperti kopi sejak.. err… dah lama sampai tak ingat hehe.

Air putih/air kosong/air jarang/air masak juga yang terbaik.

4] Pengambilan supplemen yang selamat dan berkesan

Untuk supplemen, Illa semestinya mengamalkan Shaklee untuk kesan yang terbaik. Set berpuasa yang paling popular ni namanya Mighty 3 Gems.

Mighty 3 Gems terdapat ESP, Performance Drink dan Mealshakes. Illa amalkan ESP, Performance Drink, Mealshakes untuk sahur di samping vitamin tambahan lain seperti BComplex, Omega dan Vitalea.

Bila amalkan semua di atas ni dengan konsisten, badan rasa lebih bertenaga, kenyang lebih lama, susu pun meriah dan lebih pekat.

Bagaimana Mighty 3 Gems boleh membantu ibu kenyang lebih lama semasa berpuasa?

Ok, soalan yang bagus dan sangat selalu ditanyakan kepada Illa. Biar Illa terangkan satu persatu ya.

ESP ( Non-GMO Soy Protein )

Protein lengkap dengan 9 asid amino perlu yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Kandungan GI yang rendah membuatkan ia sesuai diambil untuk mereka yang ada kencing manis.

Membekalkan protein yang cukup dan tenaga segera, bagi membantu kita kekal kenyang dalam tempoh yang lama. Bagus sangat untuk ibu menyusu dan berpantang, yang mudah berasa lapar.

MEALSHAKE ( Multivitamin )

Mengandungi multivitamin lengkap dan dapat mencukupkan nutrisi yang berkurangan. Memberi rasa kenyang lama dan memberi extra tenaga.

PERFORMANCE DRINK ( With OptiLyte )

Minuman isotonik tanpa gas (ala ala 100%) tanpa gula berperisa oren. Membantu mengelak tubuh kita dari terhidrat. dengan membekalkan air cukup di dalam badan.

Dengan adanya rumusan OptiLyte ini, badan kita boleh bertahan lama tanpa minum air. Sebab itu juga, ahli sukan berbasikal sangat sukakan Performance Drink ni kerana memanjangkan tempoh endurance mereka.

Review Mighty 3 Gems yang diambil oleh ibu-ibu yang berpuasa.

Mari kita tengok rakan-rakan mommies yang lain yang juga telah berjaya berpuasa dengan set Mighty 3 Gems ni.

{Review 1}

{Review 2}

[Review Bonus]

**********

So, mommies. Ini je rahsia Illa yang tak berapa rahsia dah sekarang heheh. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan boleh email ke fadehasbi@gmail.com ataupun Whatapps terus ke 0197780575. Illa sedia membantu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge