Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Dari Luar dan Dalam

Waktu remaja memang kebanyakannya dilalui dengan masalah yang paling biasa – jerawat. Untung sangat bagi mereka yang memiliki genetik kulit yang susah nak naik jerawat ini.

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah jerawat yang tak pernah selesai ini. Jom kita lihat satu persatu apa perkara yang paling penting untuk mengawal kemunculan jerawat dan menghapuskan nya daripada muncul lagi.

Kawal HormonĀ 

Masalah hormon tidak seimbang membuatkan penghasilan minyak tak terkawal. Ini masalah yang selalu dialami oleh remaja lelaki mahupun perempuan. Apabila minyak yang tidak seimbang berkumpul di wajah, pori-pori akan tersumbat dan berlakukeradangan pada kulit.

Muncullah jerawat dan kesan kemerahan pada kulit.

Masalah begini selalunya dapat diselesaikan dengan ubat hormon tapi pengambilan ubat tersebut mempunyai side effect seperti gangguan kitaran haid.

Tingkatkan Sistem Imun Badan Terutamanya Kulit

Kita selalu beranggapan usia remaja adalah muda dan kuat, tapi tidak semestinya. Sistem imun badan bergantung kepada gaya hidup dan pemakanan.

Apabila kulit mempunyai imuniti yang tinggi, jangkitan bakteria boleh dihalang dan mengurangkan risiko tumbuh jerawat batu/bernanah dan kulit akan lebih cepat sembuh, parut lebih mudah hilang.

Pengambilan Vitamin C adalah penting untuk kulit kerana ia membantu dalam penghasilan kolagen pada kulit. Nak tahu lebih lanjut tentang kepentingan Vitamin C kepada kulit, boleh baca di sini : Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Bebas Jerawat

Menjaga Kebersihan Kulit Dan Persekitaran

Jika aspek kebersihan diabaikan, bakteria akan mudah membiak dan menjangkiti kulit. Elakkan terlalu kerap memegang kulit muka atau memicit jerawat dengan jari. Bakteria yang ada pada tangan akan berpindah ke kawasan kulit yang terluka dan membuatkan kulit bernanah dan sukar untuk sembuh.

Amalkan pemakanan kaya dengan bawang putih untuk meningkatkan imunisasi badan dan menghalang pembiakan bakteria.

Praktis yang mudah ialah dengan membersihkan kulit dengan sabun yang sesuai selepas balik dari aktiviti luar.

Pilih Set Penjagaan Kulit Yang Tiada Bahan Kimia Merbahaya

Ramai yang selalu terpedaya dengan iklan set penjagaan kulit yang menjanjikan kulit yang putih bersih dalam masa jangka pendek. Sedangkan sudah ramai yang tertipu kerana penggunaan kimia yang berbahaya telah merosakkan kulit mereka.

Pilih set penjagaan kulit yang bersesuaian dengan masalah kulit anda. Yang terbaik ialah yang bersifat botanikal mahupun organik. Set ini lebih selamat dan berkesan untuk merawat walaupun mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesan.

Jangan Malas Minum Air

Kena rajin minum air kosong untuk menyingkirkan toksin yang berkumpul di kulit. Ini tips paling murah dan berkesan dari dulu sampai sekarang (n_n)

***

Ok rasanya semua tips sudah dikongsikan dan memang terbukti berkesan pada mereka yang mempunyai masalah jerawat kronik.

Semoga bermanfaat dan cuba sekarang! Jangan berlengah ^_^v

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge