Tips Kulit Cantik Seperti Gadis Korea – Sangat Mudah

Suka sangat tengok drama dan rancangan Korea, boleh kata hobi dari zaman belajar lagi..tapi tak semua drama Illa tengok la. Illa pilih-pilih drama yang tak terlalu berat atau typical sebab boring juga asyik jalan cerita yang sama je semua kan? Suka sangat tengok sebab? Kulit diorang cantik sangat!

Walaupun sesetengah daripada kita akan kata, it’s typical for Korean to have plastic surgery walaupun sekecil nak betulkan lipatan mata yang tak berapa cantik. Well, itu benar tak dinafikan tapi tahu tak mereka sememangnya ada mengamalkan rutin penjagaan kulit demi memastikan kulit mereka sentiasa segar dan sihat?

Illa pernah menonton satu rancangan Korea, Get It Beauty dan oh my banyaknya benda Illa belajar pasal penjagaan kulit daripada situ.. air soda pun boleh buat pencuci muka tau? T_T Illa cuma tau air Aiskrim Soda jek..huhu

Meh Illa share sikit tips-tips cantik daripada rancangan Get It Beauty ni..sorry tak ingat episode berapa tapi episode awal-awal kalau tak silap.

Minum Teh Hijau

Sekurangnya sekali hingga dua kali dalam sehari, mereka akan mengambil teh hijau untuk detoks kulit. Teh hijau mengandungi antioksidan yang bagus dan sesuai untuk mencegah pertumbuhan jerawat.

Penggunaan Cleansing Oil/Milk

Wanita Korea akan memastikan sebelum mereka membersihkan wajah dengan menggunakan cleanser, mereka akan terlebih dahulu menggunakan cleansing oil/milk untuk membuang sisa mekap yang melekat pada wajah. Selepas cleansing oil/milk, barulah mereka akan menggunakan buih daripada cleanser pula untuk membersihkan wajah.

Penyegar Untuk Pori-Pori Kulit

Penggunaan penyegar kulit sangat penting untuk mengecilkan lubang pori-pori di muka. Terdapat pelbagai jenis penyegar muka berada di pasaran sekarang, all you have to do is to choose which one suits your skin type. Tips terbaik semasa menggunakan penyegar atau toner ini ialah dengan menggunakan jari dan tepukkan ke muka secara lembut untuk memastikan penyerapan yang optimum.Biasa kita guna facial cotton pad kan? Alasan mereka menolak penggunaan tu ialah penyegar cenderung untuk diserap oleh facial cotton pad rather than diserap oleh kulit kita. Well, sounds legit to me =)

Pelembap Muka (Moisturiser)

Memilih pelembap muka yang bersesuaian dengan suhu atau cuaca juga sangat penting. Sebaiknya, pilihlah pelembap berasaskan air (water-based), bukan berasaskan minyak (oil-based). Ini boleh mengelakkan rasa rimas di malam hari kerana kulit seperti melekit dan berminyak. Pelembap yang berasaskan air lebih ringan dan melembapkan kulit dengan baik.

Urutan Wajah

Kita boleh mengurut wajah dengan lembut semasa menggunakan pelembap muka. Ianya baik untuk pengaliran darah dan oksigen di bahagian muka dan mata, berkesan untuk mengurangkan kesan dark circle. Kulit muka pun akan lebih tegang dan segar =)

Masker Wajah

Untuk melengkapkan rutin kecantikan, cuba amalkan penggunaan masker seminggu sekali atau dua minggu sekali. Pilih masker yang bersesuaian dengan kulit kita sebagai orang Asia, sebaiknya clarifying mask untuk mencerahkan kulit dan mencuci pori-pori muka atau hydrating mask untuk kulit yang kering.

Pengambilan supplemen vitamin C

Jangan tak tahu, wanita Korea juga mengamalkan pengambilan vitamin C samada dengan cara suntikan atau melalui diet pemakanan. Vitamin C akan merawat kulit dari dalam dan akan membuatkan kulit lebih bersinar dan bertenaga.

Banyakkan minum air kosong

Tips yang ni rasanya semua orang pun tahu kan? So, nak kulit cantik sila minum air kosong bebanyak ye.

***

Ok, blog ni dah macam blog kecantikan pula kan. Haha. Sebelum tu, rancangan Get It Beauty ni menekankan yang wanita Korea lebih cenderung untuk memilih penjagaan wajah yang berasaskan semulajadi dan mereka sangat menjaga diet pemakanan mereka. Masakan pun kurang minyak, kadang-kadang tak menggunakan minyak pun. Rebus-rebus je semua. Sihatnya~

Apa lagi, lepas ni bolehlah kita merajinkan diri untuk kembali bercantik-cantik untuk suami kan? Yang paling senang, banyakkan minum air kosong dan mengubah diet pemakanan kita. Suami pun gembira je balik rumah tengok isteri berseri-seri   ^___^v

Selamat meng-apply tips!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge