Bisnes Dari Rumah

Vision Board 2018

Alhamdulillah sudah melangkah masuk ke hari pertama di 2018. Celik aje mata hari ini, rasa bersyukur dapat bernafas dan bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tengok anak dan suami nyenyak tidur, Illa pun teruskan dengan Master Checklist dengan harapan, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Vision Board untuk 2018 kali ini, penuh dengan harapan dan doa. Illa nak pastikan lebih ramai orang yang boleh dibantu dari segi kesihatan dan lebih ramai ibu-isteri yang mampu bekerjaya dari rumah sambil membesarkan anak dengan tangan sendiri.

Bagaimana hendak membuat Vision Board?

Mulakan dengan perkara mudah. Tulislah apa yang anda ingin capai dan letak di tempat yang mudah untuk dilihat ( almari baju, cermin, pintu ).

Ini boleh mengaktifkan minda sedar kita agar berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita sudah target. Ini yang membezakan antara angan-angan yang tak sudah dengan keinginan yang serius.

Seterusnya, buatlah perancangan untuk mencapai target tadi. Tuliskan juga dan lekat di tempat yang sama. Doa dan usaha usah dilupakan kerana sebagus mana perancangan kita, lagi hebat perancangan Allah.

Doa yang baik-baik.

Illa doakan diri sendiri dan anda semua yang sedang membaca agar lebih bersemangat dan tabah di tahun baru. Dunia semakin mencabar dan kita tak boleh lalai dengan zon selesa yang sebenarnya tak selesa pun.

Berhenti berangan-angan kosong kerana ia bukan sahaja memenatkan malah membuang masa.

Salam sayang 2018,

Illa Hasbi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge