YOUTH Skincare – Intensive Repair and Treatment Set

Assalamualaikum semua!

Set Penjagaan Kulit YOUTH telah pun dilancarkan pada bulan Mac 2018, dan kini it’s my favourite skincare for-ever =)

Illa menggunakan Intensive Repair and Treatment Set yang merupakan set paling lengkap dalam YOUTH. Target Illa untuk menghilangkan parut lama dan kesan kusam di wajah yang sekian lama taknak hilang.

Kesannya yang sangat menakjubkan, seawal 17 hari Illa memakai tau. Along with that, Illa ambil Coq-Trol Plus kerana terdapat Vitamin E dan Resveratrol.

Jom tengok apa ada dalam Intensive Repair and Treatment Set ni.

  1. Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
  2. Perfecting Skin Toner (177ml)
  3. Youth Activating Serum (30ml)
  4. Age Defense Moisturiser – SPF 50 (50ml)
  5. Advanced Renewal Night Cream (50ml)
  6. Radiance C+E (60 capsules)

Pencuci Muka – Luminous Gel Oil Cleanser

  • Pencuci muka yang tidak mengandungi sabun, bila guna Illa rasa muka lembut saja. Tak memberikan kesan tegang melampau pada kulit muka dan rasa fresh.
  • Bau wangi semulajadi dari Avocado Oil.
  • pH seimbang
  • Mempunyai campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit untuk langkah penjagaan seterusnya.
  • Bahan utama :
    • Vital Repair+
    • Muscadine Grape Extract
    • Ekstrak Alga Hijau Yang Menghaluskan

Toner – Perfecting Skin Toner

  • Langkah kedua selepas mencuci muka. Toner yang sangat cepat meresap ke dalam kulit. Illa terasa kulit lebih lembut dan lembap.
  • Bantu bebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran, dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
  • Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal berpaten.
  • Bahan utama :
    • Vital Repair+
    • Muscadine Grape Extract
    • Estrak Alga Hijau Yang Meremajakan

Serum – YOUTH Activating Serum

  • Serum selalunya digunakan selepas Toner atau Radiance C+E. Teksturnya lembut dan tidak berminyak.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit ; kering, berminyak, kombinasi.
  • Selepas penggunaan Activating Serum ini, Illa lihat kulit Illa yang kusam nampak lebih cerah dan sihat. Lubang pori juga semakin halus dan tak ketara saiznya.
  • Activating Serum ini mempunyai 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal.
  • Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan YOUTH Complex ( menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel ).
  • Kulit akan nampak lebih berseri seawal 7 hari penggunaan.
  • Bahan utama :
    • YOUTH Complex dengan Apple Cell ( Swiss Apple )
    • Lotus Japonicas
    • Vitamin A Berkapsul

Pelembap + Penapis Tabir Suria SPF 50

  • Basically, ia adalah Moisturizer yang digabungkan bersama penapis tabir suria SPF 50.
  • Sangat ringan, tidak berminyak dan tidak memedihkan kulit dan mata.
  • Illa , suami , dan Aisyah sentiasa guna pelembap ini sepanjang di Lombok sebab banyak sangat aktiviti luar yang kami lakukan; snorkelling, berbasikal keliling pulau, dan jungle trekking.
  • Best sangat sebab kulit muka kami TAK SUNBURN pun. Yeay!
  • SPF 50 sangat sesuai untuk negara kita kerana kadar sinaran matahari yang terlalu tinggi.
  • Vitamin dan nutrien botani yang terdapat dalam pelembap akan melembapkan kulit dan menambah baik penampilan kulit.
  • Bahan utama :
    • SPF 50
    • Vital Repair+ Complex
    • Muscadine Grape Extract

Krim Malam – Advanced Renewal Night Cream (Light)

  • Antara step paling Illa tak sabar ialah nak apply Night Cream yang sangat lembut ni. Bangun pagi esoknya tak sah kalau kulit ni tak rasa licin gebu je.
  • Pentingnya Advanced Renewal Night Cream ni kerana dia menggalakkan proses bertukar kulit pada waktu kita tidur.
  • Campuran botanikalnya membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, sebab tu akan buat kulit jadi mudah, licin, dan cerah.
  • Untuk Malaysia, lebih sesuai menggunakan LIGHT Cream kerana sesuai dengan cuaca kita yang panas dan lembap. RICH lebih sesuai di tempat yang ada 4 musim atau cuaca ekstrim.
  • Bahan utama :
    • Vital Repair+Complex
    • Schisandra Chinesis
    • Lotus Japonicus
    • Muscadine Grape Extract
    • Ekstrak Alga Marin

Radiance C + E ( 60 kapsul )

  • The Best Add-On Ever !
  • Mengandungi 20% Vitamin C Tulen ( paling tinggi dalam dunia setakat ni ), Vitamin E dan ekstrak sel Raspberi.
  • Berfungsi menegang, mencerah, dan mengurang kehadiran garis halus dan kedut.
  • Sangat berkesan mengurangkan tompok hitam di wajah, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
  • Illa ada cara penggunaan tersendiri so if you guys beli dengan Illa, I’ll make sure you’ll get the best result, sebab Illa dah rasai banyak perbezaannya ^_^
  • Kapsul yang mudah digunakan – cuma koyakkan di hujungnya.
  • Kapsul berasaskan tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi ( biodegradable ) dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.
  • Bahan utama :
    • 20% Vitamin C Tulen
    • Vitamin E
    • Raspberi Extract

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ramuan botanikal yang terdapat di dalam YOUTH ini, boleh baca artikel >> Kuasa Ramuan Botanikal Yang Menjadikan Youth Sebagai Revolusi dan Harapan Baru Untuk Penjagaan Kulit <<

Pertama kali Illa melihat testimoni mereka yang berpeluang untuk mencuba YOUTH terlebih dahulu, memang WOW sangat resultnya. Selepas melihat sendiri perubahan kulit Illa seawal 10 hari, memang WOW SANGAT. Even husband sendiri yang tegur, bukan kita perasan-perasan sendiri ye =)

InsyaAllah, Illa akan kongsikan lebih banyak testimoni yang telah menggunakan YOUTH ini tanpa jemu dan konsisten. Semoga ia menjadi jawapan kepada korang yang mencari-cari penjagaan kulit yang selamat dan berkesan.

Pada bulan Mac 2018, sempena dengan pelancaran YOUTH di Malaysia, ada tawaran yang menarik menanti korang!

Dengan setiap pembelian YOUTH Intensive Repair and Treatment Set, korang berpeluang untuk mendapatkan:

  • FREE Membership bernilai RM 68.90
  • FREE Radiance C+E yang bernilai RM 435
  • FREE YOUTH Exclusive Bag
  • FREE Postage
  • Cash bonus pada bulan depan
  • EXCLUSIVE DEMO Cara Penggunaan Youth yang paling berkesan untuk anda yang mendapatkan YOUTH dari Illa

Jangan tunggu lagi, hubungi Illa dengan kadar segera kerana PRE-ORDER YOUTH telah dibuka sekarang. Boleh klik link ini >> http://nak.la/YOUTH Advanced Skincare << untuk pembelian secara terus.

Atau hubungi Illa terus untuk mendapatkan harga yang terbaik, demo dan konsultasi secara eksklusif.

One Reply to “YOUTH Skincare – Intensive Repair and Treatment Set”

  1. […] YOUTH yang Illa gunakan untuk merawat kulit muka kusam dan berparut, boleh baca di sini >> Intensive Repair and Treatment Set YOUTH […]

Leave a Reply

CommentLuv badge